BANGI, 15 Mac – Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyambut baik pengumuman perlantikan Saudara Hisyamuddin Che Ali, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kerusi Umum sebagai Timbalan pengerusi Majlis Perundingan Mahasiswa Negara (MPMN) yang dilancarkan pada hari ini.
Saudara Hisyamuddin yang dihubungi menyifatkan perlantikan itu sebagai satu penghargaan besar kepada ahli MPP UKM di peringkat nasional walaupun di anaktirikan di kampus sendiri.
"Saya melihat perlantikan ini satu amanah yang besar dalam memperluaskan lagi agenda kita untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak berkaitan kebajikan mahasiswa di peringkat nasioanl," ujarnya kepada wartawan GMUKM.
Jelasnya, antara isu-isu tertunggak yang gagal diperjuangkan oleh MPP Aspirasi di peringkat negara termasuklah isu pengangguran, isu tiket bas dan pengakutan awam, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pinjaman PTPTN dan pelbagai lagi isu yang memerlukan suara MPP Mahasiswa perjuangkannya.
"Kita sebenarnya akan menjadi badan organisasi seluruh MPP Pro Mahasiswa untuk menjadi check and balance kepada mana-mana pihak termasuk mendesak kerajaan untuk mencari penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikan permasalahan kebajikan mahasiswa yang semakin parah," katanya yang juga merupakan Pelajar Undang-Undang..
Majlis Perundingan Mahasiswa Negara (MPMN) merupukan pertubuhan yang menggantikan Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), yang telah ditubuhkan pada tahun 1986 lalu daripada idea Prof. Dr Zulkifli Yaakob. MPMN menjadi medan perhimpunan MPP universiti diseluruh negara dan menjadi medan berkumpulnya ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa yang mewakili Pro-Mahasiswa di seluruh negara iaitu kira-kira 92 orang atau 39 peratus daripada jumlah kesuluruhan MPP di Malaysia.
Mesyuarat yang berlangsung di Universiti Malaya turut dihadiri oleh wakil-wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di seluruh kampus antaranya dari Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan beberapa universiti lain.
http://gm-ukm.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment